Thursday, July 12, 2012
semua orang boleh masak...
sebenarnnya semua orang boleh masak tahu..cuma antara kretiviti dan airtangan seseorang ja membezakan itu semua...nak tahu? sebenarnnya kan jika anda pandai membuat donat maka anda tentu pandai..er..*boleh...masak jugak pizza,roti nan,roti canai,roti bom....tau kenapa?..sebabnya adalah base yang hampir sama jer,pada permulaan tetapi..yang lain mengikut apa yg anda hendak buat lah.....ia adalah fakta dan betul...jika saya mampu lakukan kenapa anda tidak...dan baru2 ini wauh...saya berjaya pecahkan rekod saya sendiri..mengguli tepung sehingga 3 kilo tetapi buat uli sekilo2 la...alhamdulilah..saya semakin cekap mengguli..akhirnya..cuma mungkin mengguli capati saya belum pandai..lagipun saya tidak suka capati itu...dan apa yang bagusnnya saya juga berjaya membuat donut lebih dari 130 biji secara sendirian dari mula2 menguli tepung dan akhirnya disalut gula...sebenarnnya semua ini tak mungkin dapat saya lakukan jika emak saya tidak mengajar saya..dan ayah saya yang menyuruh saya membuat donut sebanyak itu..sebab jika difikirkan saya tidak mungkin mampu melakukan itu..[untk pengetahuan 130 biji itu untuk kafa dan kenduri masjid] walaupun donut saya banyak kelemahan dan saya akui itu...tetapi akhirnya siap juga 130 biji donut itu...oh ya..baru2 ini juga saya telah membuat hampir 8 keping pizza secara serentak..penatnnya sukar dikata..haha baru sikit jer kan..saya bercerita bukan hendak membangga diri sebab apa yang saya buat sebenarnnya jika difikir alahai...mungkin tak mampu...tapi ayah dan mak saya fikir saya mampu...dan saya tahu anda mungkin lebih hebat dari saya..cuma bagi diri saya yg lemah ini...ia menunjukkan peningkatan terhadap bil. masakan yang mampu saya lakukan...dan yang paling memenatkan adalah roti nan pada mulanya sebab nak kena buat bulat betul2 pastu kena pandai jaga api...tapi selepas kali kedua saya rasa ia mudah dilakukan..
[roti nan]
[donut]
[pizza]
akhir kata,assalamualaikum dan selamat mencuba melakukan yang anda fikir tidak mungkin..~


